Pembayaran Vendor
Akses ke Purchase Invoice
- Pergi ke modul Purchase Invoice.
- Pilih satu atau lebih invois yang ingin diproses untuk pembayaran dengan menandakan kotak pilihan di sebelah invois.
Hanya invois dengan status Submitted dan Approved sahaja yang boleh diproses untuk pembayaran.
Lakukan Tindakan Pembayaran
- Klik butang Actions di bahagian atas kanan.
- Pilih EFT Bulk Payment dari menu pilihan.
Pengesahan Bulk Payment
- Selepas tindakan tersebut, notifikasi akan dipaparkan menyatakan bahawa dokumen Bulk Payment telah berjaya dihasilkan .
- Klik butang Go to Bulk Payment untuk terus ke skrin Bulk Payment.
Isi Butiran Bulk Payment
- Anda akan diarahkan ke skrin Bulk Payment.
- Semak atau isi butiran seperti:
- Description
- Payment Method
- Bank Account
- Senarai invois yang dipilih.
Semak dan Proses Dokumen
- Klik butang Process untuk memproses pembayaran bagi invois yang dipilih .
Akses ke Skrin Batch Payment
- Selepas pemprosesan berjaya, anda akan diarahkan ke skrin Batch Payment .
- Periksa butiran seperti jumlah keseluruhan (Batch Total Amount) dan status dokumen.
Hantar Dokumen untuk Pengesahan
- Klik butang Submit untuk menghantar dokumen untuk pengesahan .
Jana dan Muat Turun Fail Pembayaran EFT
- Klik butang Generate Payment File untuk menjana fail teks pembayaran EFT .
- Selepas fail berjaya dijana, klik butang Download EFT Text Files untuk memuat turun fail EFT yang akan digunakan untuk transaksi pembayaran.
No Comments