PERSETUJUAN KAD PRIHATIN SISWA
Pelajar dikehendaki untuk membaca persetujuan bagi memberikan kebenaran kepada pihak Universiti Malaysia Sabah untuk memproses dan mengendalikan penggunaan data peribadi dan/atau data peribadi sensitif saya sebagaimana maksudnya di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi, Akta 709 (“Akta 709”) bagi tujuan pelaksanaan inisiatif program ini yang ditawarkan oleh RHB Islamic Bank Berhad (“Bank”) kepada pelajar-pelajar Universiti.
Nota:
Program Kad Prihatin Siswa (“Program”) ini adalah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (“KPT”) melalui Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pengajian Tinggi (“JPT”) bersama-sama Universiti Awam (“Universiti) di Malaysia bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, “cashless campus”, “smart campus”, identiti siswa dan mewujudkan eko-sistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan Universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (“PTPTN”) dan KPT.
Rajah 18: Laman Persetujuan Kad Prihatin Siswa
Sila baca sehingga selesai dan klik pada pautan yang diberikan.
Kemudian, sila tandakan ✔ pada ☐ yang disediakan bagi mengesahkan bahawa pelajar bersetuju dengan borang kebenaran tersebut. Selepas itu klik butang "Submit Consent".
Rajah 19: Borang Persetujuan
Pelajar akan diberikan maklumat terperinci berkenaan dengan persetujuan tersebut. Sila klik butang "Teruskan E-Pendaftaran" untuk meneruskan proses pendaftaran.
Rajah 20: Maklumat Terperinci Persetujuan Pelajar
No Comments