Skip to main content

Garis Panduan & Peraturan Muat Naik Gambar Pelajar

1. Saiz gambar hendaklah mengikut ukuran gambar passport dalam format JPEG.

2. Latar belakang gambar hendaklah berwarna biru.

3. Sahsiah rupa diri pelajar dalam gambar adalah seperti berikut:

a. Pelajar Lelaki:

i. Berbaju kemeja dan bertali leher (digalakkan memakai kot/blazer).

ii. Berambut pendek dan kemas. Fesyen rambut keterlaluan atau luar biasa adalah tidak dibenarkan.

iii. Pelajar beragama Islam dibenarkan memakai songkok hitam (sebarang jenis kopiah/ketayap. serban, songkok "Raihan" dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan).

iv. Pelajar beragama Sikh adalah dibenarkan memakai serban yang diikat kemas.

b. Pelajar Perempuan:

i. Berbaju kurung, kebaya labuh, kebarung atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

ii. Pelajar beragama Islam digalakkan bertudung tetapi tidak dibenarkan menutup sebahagian atau keseluruhan muka (berpurdah).

4. Contoh Gambar yang DIBENARKAN. (Berlatar belakang biru dan berpakaian kemas/ sopan)

image-1719820440564.png

Rajah 21: Gambar yang dibenarkan

5. Contoh gambar yang TIDAK DIBENARKAN. (Tidak dibenarkan memuat naik gambar mengiring, berkopiah/ketayap dan kurang kemas)

image-1719820716211.png

Rajah 22: Gambar yang tidak dibenarkan