Skip to main content

LANGKAH 4: MAKLUMAT KESIHATAN

Pelajar dikehendaki untuk membuat pengemaskinian maklumat kesihatan.

image-1719369374747.png

Rajah 9: Laman Pengemaskinian Maklumat Kesihatan

Berikut adalah jadual bagi penerangan Rajah 9 secara terperinci:

Langkah 4: Maklumat Kesihatan

BIL

Medan

Keterangan

1

Nombor matrik

Sedia ada

2

Tinggi

Ketinggian dalam sentimeter (sm). Medan ini wajib diisi

3

Status OKU

Adakah anda cacat? (Ya/Tidak) Medan ini wajib diisi

Nota: Sekiranya anda TIDAK CACAT. Anda TIDAK perlu mengisi Maklumat 4, 5, 6, dan 7.

4

Jenis cacat

Jika anda jawab YA pada Maklumat (3), sila pilih (seperti dalam senarai sedia ada)

5

Kecacatan lain

Masukkan sekiranya tidak tersenarai di dalam Maklumat (4).

6

Keterangan kecacatan

Keterangan kecacatan (jika ada)

7

No. OKU

Masukkan Nombor Pendaftaran OKU (jika ada)

8

Taraf Kesihatan

Sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan rawatan berterusan, sila pilih Tidak Baik.

Nota: Sekiranya anda pilih Tidak Baik, nyatakan jenis penyakit pada medan (9)

9

Nama Penyakit

Nyatakan penyakit (jika ada)

10

Rabun warna

Adakah anda rabun warna? (Ya/Tidak) Medan ini wajib diisi

11

Kumpulan Darah

Sila pilih kumpulan darah daripada senarai.

12

Alahan ubat

Sila nyatakan sekiranya anda ada alahan kepada sebarang ubat

Selepas mengemaskini maklumat di atas, pelajar diminta untuk mengisi Survey Pemeriksaan dan Pengesahan Kesihatan. (Ya/Tidak)

image-1719371500861.png

Rajah 10: Survey Pemeriksaan dan Pengesahan Kesihatan

Kemudian, pelajar perlu mengisi maklumat Pengisytiharan Tahap Kesihatan. Pelajar boleh mengisi diruangan yang disediakan (jika ada).

image-1719371846467.png

Rajah 11: Pengisytiharan Tahap Kesihatan

Sila tandakan ✔ pada ☐ bagi mengesahkan maklumat anda sekiranya anda telah selesai mengisi maklumat kesihatan seperti yang ditetapkan. Kemudian klik butang "Kemaskini"