TAMBAH REKOD MANUAL NOTIS, TESIS, VIVA
Submodul ini digunakan oleh Admin pascasiswazah menambah rekod secara manual Permohonan Notis Penyerahan Tesis/ Disertasi pelajar dan Permohonan Serah Tesis pelajar yang mempunyai rekod viva.
Pada paparan ini, admin boleh menekan butang Search Student untuk mencari pelajar pascasiswazah yang datanya akan dimasukkan secara manual.
Terdapat 2 tab iaitu Notis dan Serah Tesis. Admin perlu melengkapkan Notis Serah Tesis terlebih dahulu sebelum meneruskan proses Serah Tesis. Admin boleh menekan butang Jana Borang Baru/ Generate New Form untuk menjana formserial pelajar.
Ini adalah paparan yang dapat di lihat admin setelah menjana borang baru pelajar. Status pelajar akan disetkan menjadi "PENGESAHAN OLEH PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH" iaitu telah di endors dibahagian pascasiswazah.
Seterusnya di bahagian Abstract, Admin perlu meletakkan Document Name dan Document URL/ Link sebelum menekan butang Add Document. Ini bertujuan untuk memuatnaik dokumen Abstract pelajar.
Admin boleh menekan butang View untuk melihat dokumen yang dimuatnaik atau Delete untuk memadam dokumen yang tidak berkenaan.
Setelah pengisian Notis selesai, Admin perlu menambah pemeriksa untuk pelajar di menu Penyelidikan > Kemaskini Pemeriksa CPS bagi menambah senarai Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar. Kemudian, admin perlu membuat pengesahan pemeriksa di menu Penyelidikan > Kemaskini Pengesahan Setuju Terima Pemeriksa CPS.
Admin dapat meneruskan proses seterusnya iaitu Serah Tesis di mana admin perlu menekan Borang Baru/ New Form untuk jana formserial (formserial sama dengan proses di Notis)
Permohonan pelajar akan berada pada status MOHON/APPLIED.
Bagi proses di SerahTesis, admin perlu memuatnaik dua dokumen iaitu Tesis Penuh/ Full Thesis dan Turnitin. Pada bahagian tesis penuh, admin perlu memasukkan nama tesis di Thesis Name dan Thesis URL/ Link sebelum menekan butang Add Thesis untuk menambah tesis. Admin boleh menekan butang View untuk melihat dokumen yang dimuatnaik atau Delete untuk memadam dokumen yang tidak berkenaan.
Pada bahagian Turnitin, prosesnya adalah admin hanya perlu memuatnaik Turnitin Summary pelajar. Sama seperti pada bahagian tesis penuh, Admin boleh menekan butang View untuk melihat dokumen yang dimuatnaik atau Delete untuk memadam dokumen yang tidak berkenaan.
Selesai sahaja proses di dalam menu ini, admin boleh meneruskan ke proses Permohonan Serah Tesis CPS dan proses yang seterusnya.
No Comments