Skip to main content

PELAJAR

Submodul ini digunapakai untuk pelajar mengisi Borang Serah Tesis bagi tujuan pengijazahan.

Pelajar perlu menekan butang Borang Baru/ New Form untuk menarik Formserial pelajar sama seperti di Borang Notis Penyerahan Tesis/Disertasi pelajar. Pada bahagian Action, akan terdapat pautan Pay di mana pelajar perlu melunaskan pembayaran terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan proses pengisian permohonan serah tesis. (Rujuk Manual Pembayaran Viva Voce )

image-1730706365381.png

Setelah pelajar selesai membuat pembayaran Viva Voce, butang Pay akan bertukar menjadi Proceed yang membolehkan pelajar meneruskan pengisian borang serah tesis.image-1730708946686.png

Pelajar akan melihat paparan seperti maklumat pelajar dan Tajuk Penyelidikan pelajar. image-1730273344871.png

Seterusnya, pelajar perlu memuatnaik pautan bagi Tesis Penuh mereka dengan memasukkan nama tesis pada Thesis Name dan pautan tesis pada Thesis URL/ Link dan menekan butang Add Thesis. image-1730273366434.png

Tesis yang dimuatnaik pelajar akan terpapar dan boleh dilihat dengan menekan butang View dan dipadam dengan menekan butang Delete.

image-1730273404740.png

Pelajar juga perlu memuatnaik ringkasan Turnitin pelajar dengan menekan Choose File and memuatnaik PDF Turnitin dengan menekan butang Upload. Pelajar boleh menekan butang View dan dipadam dengan menekan butang Delete.

image-1730273387365.png

Pada paparan Supervisor Remark dan Dean Remark, catatan mereka akan terpapar sebaik mereka menyemak dan memuat catatan untuk borang serah tesis pelajar.

image-1730275378261.png

Pelajar perlu menekan ke semua checkbox sebelum menekan butang Submit Form. 

image-1730275399700.png