PENGERUSI
Paparan ini adalah untuk pengerusi mengesahkan keputusan viva voce pelajar sahaja tanpa boleh mengemaskini sebarang maklumat di dalamnya.
Pengerusi akan melihat senarai pelajar yang perlu mendapatkan pengesahan viva voce mereka. Pengerusi boleh menekan butang Review untuk melihat viva voce pelajar dan butang Print Minute jika ingin mencetak minit mesyuarat bagi pelajar. (Pengerusi perlu untuk membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum mencetak minit mesyuarat)
Dibawah ini adalah paparan tab yang terdapat di dalam Pengesahan Pengerusi Viva Voce.
Tab 1. Nama Jawatankuasa
Pengerusi boleh melihat nomatrik pelajar, nombor bilangan dan tahun pelajar, nama jawatankuasa bahasa dalam bahasa melayu dan inggeris, tarikh viva pelajar, platform yang digunakan, Link/ tempat persidangan viva pelajar, dan masa persidangan tersebut.
Tab 2. Maklumat Calon
Pengerusi boleh melihat maklumat pelajar yang ingin membuat viva.
Tab 3. Kehadiran
Pengerusi boleh melihat maklumat kehadiran jawatankuasa viva yang telah ditetapkan oleh admin pasca ataupun fakulti.
Tab 4. Catatan | Note: Syor Awal
Pengerusi boleh melihat markah pelajar dan Syor Akhir yang diberikan kepada pelajar.
Tab 5. Ijazah yang Dianugerahkan
Pengerusi boleh melihat nama ijazah dan bidang yang bakal diaungerahkan kepada pelajar.
Tab 6. Tajuk Baru Tesis
Pengerusi boleh melihat tajuk tesis pelajar.
Tab 7. Pemeriksa Tesis Selepas Pembetulan
Pengerusi boleh melihat nama pemeriksa yang akan membuat pemarkahan bagi pelajar.
Tab 8. Tempoh Pembetulan & Tarikh Akhir pEnghantaran Tesis Digital
Pengerusi boleh melihat tempoh yang diberikan oleh pemeriksa untuk pembetulan tesis dan tarikh penghantaran semula.
Tab 9. Pengesahan oleh Pasca
Pengerusi boleh melihat catatan yang diberikan kepada pelajar oleh sekretariat termasuk siapa dan bila ia disahkan.
Tab 10. Pengesahan oleh Pengerusi
Pengerusi perlu meletakkan catatan untuk pelajar sebelum menekan butang Save on Behalf Chairman untuk menyimpan catatan. Seterusnya, jika pengerusi menekan Confirm Verify On Behalf Chairman catatan tidak boleh diubah lagi.
Maklumat siapa yang mengesahkan dan tarikh akan terpapar seperti dibawah apabila sudah membuat pengesahan.
No Comments