Skip to main content

Information

Syarat-Syarat Umum

a) Kemudahan diberi setiap tiga (3) tahun sekali;

b) Tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit dan maklumat mengenai jemputan ke upacara rasmi yang berkaitan atau surat arahan bertugas di Parlimen/ Dewan Undangan Negeri; dan

c) Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai.

Syarat-Syarat Khusus

Pakaian Istiadat

a) Pakaian siang dan pakaian malam boleh dituntut bersekali atau berasingan dalam tempoh 3 tahun;

b) Pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama; dan

c) Tempoh tiga (3) tahun dikira daripada tarikh tuntutan yang pertama sama ada pakaian siang atau pakaian malam.

Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi

Kemudahan ini diperuntukkan kepada:

a) Pegawai Perkhidmatan Awam yang hadir sebagai Penerima Pingat/ Bintang Darjah Kebesaran di peringkat Persekutuan atau Negeri;

b) Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 5 dan ke atas yang dikehendaki hadir bertugas sebagai Petugas Harian di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;

c) Pegawai yang menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri dan membawa pasangan bukan Pegawai Perkhidmatan Awam, tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bagi pasangannya hendaklah dikemukakan kepada Jabatan pegawai. Bagi pasangan yang merupakan PegawaiPerkhidmatan Awam tuntutan perlu dikemukakan kepada Jabatan masing masing; dan

d) Tempoh tiga (3) tahun dikira daripada tarikh tuntutan yang pertama sama ada bagi pegawai ataupun pasangan.