Payroll Entry
Payroll Entry membolehkan pemprosesan gaji secara pukal untuk semua pekerja. Dalam erti kata lain, memproses slip gaji semua pekerja sekaligus. Pemprosesan secara pukal ini boleh dilakukan untuk seluruh institusi atau berdasarkan kategori berikut: Cawangan, Jabatan, atau Jawatan.
Untuk mengakses Payroll Entry, log masuk terlebih dahulu, kemudian pergi ke:
Go To My Desk > Malaysia Payroll > Process > Payroll Entry
Cara Membuat Payroll Entry
- Pergi ke senarai Payroll Entry, kemudian klik pada Add Payroll Entry.
- Pilih Payroll Frequency.
- Klik pada tab Employees,pilih Branch, Designation, dan Department untuk menapis pekerja (pilihan).
- Pilih Project (pilihan) jika anda ingin menjalankan penggajian berdasarkan projek tertentu.
- Pilih Payment Account untuk membuat Bank Entry.
- Pilih Bank Account untuk tujuan pembayaran EFT.
- Klik Save.
Setelah maklumat disimpan, klik butang Get Employees untuk mendapatkan senarai pekerja yang akan dibuatkan Salary Slips berdasarkan kriteria yang dipilih.
Langkah Sambungan
-
Semak Senarai Pekerja
Pastikan semua pekerja yang perlu menerima Salary Slips telah disenaraikan di bawah tab Employees. -
Klik Butang "Create Salary Slips"
Setelah senarai pekerja diperoleh, klik butang Create Salary Slips yang terletak di bahagian atas kanan skrin. Tindakan ini akan:- Menjana Salary Slips untuk setiap pekerja yang disenaraikan.
- Menandakan dokumen Payroll Entry sebagai sedia untuk dihantar.
Nota: Jika Salary Slips sudah dijana, sistem tidak akan menjana Salary Slips yang baru. Anda juga boleh menyimpan borang sebagai Draft dan menjana Salary Slips kemudian.
-
Sahkan Status Payroll Entry
Selepas Salary Slips berjaya dijana, status Payroll Entry akan bertukar menjadi "Submitted".- Status ini menunjukkan bahawa proses Payroll Entry telah lengkap dan tiada lagi perubahan yang boleh dilakukan pada dokumen ini.
-
Lakukan Tindakan Seterusnya
- Anda kini boleh meneruskan dengan langkah tambahan seperti:
- Generate Vendor Invoice: Menjana invois vendor berdasarkan pembayaran gaji.
- Generate EFT Text File: Menjana fail teks untuk EFT (Electronic Funds Transfer).
- Generate LPPSA Text File Generate LPPSA Text File: Menjana fail teks untuk LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam).
-
Submit Salary Slip Klik butang ini untuk menghantar slip gaji kepada semua pekerja dalam senarai.
-
Re Create Salary Slip Butang ini digunakan untuk menjana semula slip gaji sekiranya berlaku perubahan atau pembetulan pada maklumat gaji.
Pastikan semua dokumen berkaitan diperiksa dan dijana sebelum penghantaran terakhir dilakukan.
- Anda kini boleh meneruskan dengan langkah tambahan seperti:
No Comments