Skip to main content

Payment Entry

Modul ini membolehkan pengguna mengemas kini bayaran yuran.

Untuk mengakses Payment Entry, pergi ke:

Workspace > Awesome Bar > Payment Entry List

1. Mewujudkan Entri Pembayaran

Sila ikuti langkah-langkah berikut mengikut urutan

  1. Pada bahagian kanan sebelah atas, klik New
  2. Pilih Mode of Payment
  3. Pilih Party Type
  4. Pilih Party. Input ini hanya akan muncul selepas Party Type telah dipilih
  5. Pilih Account Paid From. Input ini hanya akan muncul selepas Party telah dipilih
  6. Pilih Account Paid To
  7. Masukkan Paid Amount (MYR). Input ini hanya akan muncul selepas Account Paid From telah dipilih
  8. Pada bahagian Reference, klik Get Outstanding Invoice. Bahagian ini hanya akan muncul selepas Paid Amount (MYR) telah dimasukkan
  9. Masukkan Cheque/Reference No
  10. Pilih Cheque/Reference Date
  11. Klik Save untuk menyimpan menjadi Draft

    Mana-mana input yang berwarna merah bermaksud ianya adalah wajib untuk dilengkapkan. Pastikan anda mengisi dengan lengkap sebelum anda dapat menyimpannya

New Payment Entry

 

2. Pengesahan Entri Pembayaran (Account Preparer)

Setelah mewujudkan entri pembayaran, Account Preparer akan membuat pengesahan

Berikut langkah-langkah untuk membuat pengesahan:

  1. Pada entri pembayaran yang telah diwujudkan, klik Actions
  2. Pilih Confirm. Status akan berubah daripada Draft kepada Pending

Payment Confirm

3. Kelulusan Entri Pembayaran (Account Approver)

Setelah Account Preparer membuat pengesahan, Account Approver akan menyemak entri pembayaran tersebut seterusnya memberi kelulusan

Berikut langkah-langkah untuk memberi kelulusan:

  1. Pada entri pembayaran yang telah disahkan, klik Actions
  2. Pilih Approve (status akan berubah daripada Pending kepada Approved) atau Reject (status kembali ke Draft)
  3. Klik Ledger untuk melihat lejar pelajar tersebut

Payment Approve

Untuk melihat aliran kerja bagi entri pembayaran boleh ke Awesome Bar > Workflow List