Skip to main content

Petadbiran SPDP

Modul Semakan BPSM

Step 1 : Membuka Senarai Permohonan

  • Log masuk ke HRONLINE.
  • Klik Pelantikan SPDP.
  • Pada menu atas, pilih Pengesahan Bajet SPDP > Senarai Pengesahan Bajet.
  • Dashboard HRONLINE akan menunjukkan pending task aktif jika ada permohonan berstatus Menunggu Semakan dan Kelulusan Bpsm.
  • Sistem akan memaparkan senarai permohonan yang berkaitan.
  • Gunakan ruang carian jika ingin mencari permohonan tertentu.
  • Klik Lihat pada permohonan yang hendak disemak.

1.PNG

2.PNG

20.PNG

21.PNG

Step 2 : Menyemak Maklumat Permohonan

Halaman Semakan BPSM dibahagikan kepada beberapa tab:

  1. Maklumat Permohonan
  2. Dokumen KP
  3. Pengesahan Bajet
  4. Dokumen BPSM
  5. Keputusan BPSM
  6. Lapor Diri

Pengguna boleh berpindah antara tab untuk menyemak maklumat tanpa perlu kembali ke halaman senarai.

22.PNG

Step 3 : Mengemas Kini Maklumat

  • Semak maklumat permohonan.
  • Jika tindakan kemas kini dibenarkan, klik Kemaskini.
  • Ubah maklumat yang diperlukan.
  • Semak Tarikh Mula, tempoh dan Tarikh Tamat.
  • Klik Simpan Pembetulan selepas selesai.
  • Pastikan mesej kejayaan dipaparkan sebelum meneruskan.

23.PNG

24.PNG

Step 3 : Mengurus Dokumen BPSM

  • Buka tab Dokumen BPSM.
  • Klik Pilih Fail PDF.
  • Pilih satu atau beberapa dokumen PDF.
  • Tandakan Borang Maklumat HROnline sekiranya dokumen adalah Borang Maklumat HROnline.
  • Tandakan Perlu Dilengkapkan oleh KP sekiranya dokumen berkenaan perlu dikembalikan atau dilengkapkan oleh Ketua Pentadbiran.
  • Klik Muat Naik Dokumen.
  • Dokumen yang telah dimuat naik boleh dibuka, diganti atau dipadam apabila tindakan tersebut dibenarkan.

25.PNG

26.PNG

Bagi Lantikan Pertama, Borang Maklumat HRONLINE merupakan dokumen yang perlu dilengkapkan dalam proses lapor diri.

Step 4 : Membuat Keputusan BPSM

  • Buka tab Keputusan BPSM.
  • Semak semua maklumat dan dokumen permohonan.
  • Untuk meluluskan permohonan, klik Lulus Semakan.
  • Untuk menolak permohonan, masukkan sebab penolakan yang diperlukan dan klik Tolak Semakan.
  • Sahkan tindakan apabila mesej pengesahan dipaparkan.

27.PNG

Jika diluluskan, status akan berubah kepada Menunggu Maklumat Lapor Diri.

Jika ditolak, status akan berubah kepada Tidak Diluluskan oleh BPSM.

 

Modul Laporan

  • Pilih Pentadbiran SPDP > Laporan.
  • Masukkan kriteria carian yang diperlukan.
  • Klik Cari untuk memaparkan rekod yang sepadan.
  • Klik Set Semula untuk mengosongkan semua kriteria carian.
  • Klik ikon Lihat untuk melihat butiran sesuatu permohonan.
  • Klik Eksport PDF untuk menghasilkan laporan dalam format PDF.
  • Klik Eksport Excel untuk menghasilkan laporan dalam format Excel.
  • Eksport akan menggunakan kriteria carian yang sedang digunakan pada halaman laporan.

28.PNG

29.PNG

 

Fungsi Laporan menyediakan paparan terperinci secara baca sahaja dan eksport berdasarkan hasil carian semasa.

 

Modul Pengurusan Akses

  • Pilih Pentadbiran SPDP > Pengurusan Akses.
  • Sistem akan memaparkan senarai staf yang mempunyai akses kepada modul SPDP.
  • Gunakan fungsi carian atau tapisan untuk mencari staf tertentu.

30.PNG

31.PNG

Step 1 : Menambah Akses

  • Klik Tambah Akses.
  • Cari dan pilih staf.
  • Pilih peranan yang hendak diberikan.
  • Bagi peranan yang memerlukan skop JAFPIB, pilih JAFPIB berkaitan.
  • Pastikan status akses adalah betul.
  • Klik Simpan.

32.PNG

33.PNG

 

Step 2 : Mengemas Kini Akses

  • Cari rekod pengguna.
  • Klik ikon Kemaskini.
  • Ubah maklumat yang dibenarkan.
  • Klik Simpan.

35.png

37.PNG

 

Step 3 : Menghapus Akses

  • Klik ikon Hapus pada rekod yang hendak dibuang.
  • Sistem akan memaparkan mesej pengesahan.
  • Klik pengesahan untuk meneruskan.

36.png