Skip to main content

Pemotongan PTPTN

Pemotongan PTPTN merupakan proses pemotongan yuran pengajian bagi pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menerima pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Untuk mengakses PTPTN Process, pergi ke:

Workspace > Awesome Bar > PTPTN Process List

1. Mewujudkan Proses Pemotongan PTPTN

Dalam satu masa, satu text file sahaja yang boleh dimuat naik kemudian dibuat pemotongan. Oleh itu, proses pemotongan perlu dibuat secara satu per satu mengikut jumlah text file yang ada dalam kelompok tersebut.

SEBELUM memulakan, pastikan anda sudah memuat turun kesemua text file yang pihak bank telah e-melkan.

Setelah itu, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk mewujudkan proses pemotongan PTPTN:

  1. Pada bahagian kanan sebelah atas, klik New
  2. Pada Bank File, klik Attach untuk muat naik text file (format *.TXT sahaja)
  3. Masukkan Process Name. Contoh: PTPTN-84858 (mengikut nama text file)
  4. Pilih Institution (rujuk text file untuk kod institusi)
  5. Pilih Payment Date (rujuk e-mel untuk tarikh proses bayaran)
  6. Klik Save. Status akan bertukar menjadi Draft

Proses pemotongan PTPTN yang telah diwujudkan masih boleh dikemas kini selagi status masih Draft. Pastikan anda klik Save setiap kali kemas kini dibuat

Proses PTPTN

 

2. Membuat Pemotongan PTPTN

Pada proses pemotongan PTPTN yang telah diwujudkan sebentar tadi, boleh terus sambung ke langkah-langkah berikut:

  1. Pada bahagian kanan sebelah atas, klik Extract untuk proses senarai pelajar dalam text file tersebut
  2. Klik Process Deduction kemudian klik Yes untuk pemotongan yuran pelajar

    Sekiranya butang Extract atau butang Process Deduction tidak muncul, boleh klik pada butang Menu kemudian pilih Reload

  3. Klik Submit kemudian klik Yes. Status akan bertukar menjadi Completed

  4. Klik Generate Deduction File bagi menjana text file pemotongan PTPTN

    Sekiranya terdapat pelajar yang gagal dipetakan, perlu dipetakan terlebih dahulu sebelum membuat pemotongan

Pemotongan PTPTN