Petadbiran SPDP
Step 1 : Membuka Senarai Permohonan
- Log masuk ke HRONLINE.
- Klik Pelantikan SPDP.
- Pada menu atas, pilih Pengesahan Bajet SPDP > Senarai Pengesahan Bajet.
- Dashboard HRONLINE akan menunjukkan pending task aktif jika ada permohonan berstatus Menunggu Semakan dan Kelulusan Bpsm.
- Sistem akan memaparkan senarai permohonan yang berkaitan.
- Gunakan ruang carian jika ingin mencari permohonan tertentu.
- Klik Lihat pada permohonan yang hendak disemak.
Step 2 : Menyemak Maklumat Permohonan
Halaman Semakan BPSM dibahagikan kepada beberapa tab:
- Maklumat Permohonan
- Dokumen KP
- Pengesahan Bajet
- Dokumen BPSM
- Keputusan BPSM
- Lapor Diri
Pengguna boleh berpindah antara tab untuk menyemak maklumat tanpa perlu kembali ke halaman senarai.
Step 3 : Mengemas Kini Maklumat
- Semak maklumat permohonan.
- Jika tindakan kemas kini dibenarkan, klik Kemaskini.
- Ubah maklumat yang diperlukan.
- Semak Tarikh Mula, tempoh dan Tarikh Tamat.
- Klik Simpan Pembetulan selepas selesai.
- Pastikan mesej kejayaan dipaparkan sebelum meneruskan.
Step 3 : Mengurus Dokumen BPSM
- Buka tab Dokumen BPSM.
- Klik
MuatPilihNaikFailDokumenPDF.- Pilih satu atau beberapa dokumen PDF.
- Tandakan Borang Maklumat HROnline sekiranya dokumen adalah Borang Maklumat HROnline.
- Tandakan Perlu Dilengkapkan oleh KP sekiranya dokumen berkenaan perlu dikembalikan atau dilengkapkan oleh Ketua Pentadbiran.
- Klik Muat Naik Dokumen.
- Dokumen yang telah dimuat naik boleh dibuka, diganti atau dipadam apabila tindakan tersebut dibenarkan.
Bagi Lantikan Pertama, Borang Maklumat HRONLINE merupakan dokumen yang perlu dilengkapkan dalam proses lapor diri.
Step 4 : Membuat Keputusan BPSM
- Buka tab Keputusan BPSM.
- Semak semua maklumat dan dokumen permohonan.
- Untuk meluluskan permohonan, klik Lulus Semakan.
- Untuk menolak permohonan, masukkan sebab penolakan yang diperlukan dan klik Tolak Semakan.
- Sahkan tindakan apabila mesej pengesahan dipaparkan.
Jika diluluskan, status akan berubah kepada Menunggu Maklumat Lapor Diri.
Jika ditolak, status akan berubah kepada Tidak Diluluskan oleh BPSM.