Pengesahan Bajet SPDP oleh Bendahari/CIEW
Modul ini menyediakan fungsi kepada pegawai Bendahari/CIEW untuk menyemak maklumat permohonan SPDP dan membuat pengesahan kecukupan bajet berdasarkan baki Tabung Amanah serta Terma Rujukan Surat Ikatan Amanah.
Step 1 : Membuka Senarai Pengesahan Bajet
- Log masuk ke HRONLINE.
- Klik Pelantikan SPDP.
- Dashboard HRONLINE akan menunjukkan pending task aktif jika ada permohonan berstatus Menunggu Pengesahan Kecukupan Bajet.
- Sistem akan memaparkan senarai permohonan yang berkaitan.
- Gunakan ruang carian jika ingin mencari permohonan tertentu.
- Klik Lihat pada permohonan yang hendak disemak.
Step 2 : Menyemak Permohonan
- Semak maklumat calon dan perkhidmatan.
- Semak deskripsi tugas dan dokumen permohonan.
- Semak bahagian Anggaran Implikasi Kewangan dan maklumat berkaitan bajet.
- Pastikan maklumat yang diperlukan mencukupi sebelum membuat keputusan.
Step 3 : Membuat Pengesahan Bajet
Pada bahagian Pengesahan Bajet:
- Masukkan Baki Tabung Amanah (RM).
- Pada Kecukupan Baki, pilih Ya atau Tidak.
- Pada Terma Rujukan Surat Ikatan Amanah Membenarkan, pilih Ya atau Tidak.
- Semak semula pilihan sebelum membuat keputusan.
Jika kedua-dua jawapan ialah Ya, klik Lulus Bajet.
Jika salah satu atau kedua-dua jawapan ialah Tidak, klik Tolak Bajet.
Step 4 : Selepas Keputusan Dibuat
Selepas tindakan berjaya:
- keputusan akan direkodkan;
- nama pegawai dan tarikh tindakan akan dipaparkan;
- jika diluluskan, permohonan akan diteruskan kepada Semakan dan Kelulusan BPSM;
- jika ditolak, proses permohonan akan berhenti pada peringkat pengesahan bajet.
Permohonan yang telah diproses masih boleh dibuka semula untuk tujuan semakan dan pemantauan.