Skip to main content

Pengesahan Bajet SPDP oleh Bendahari/CIEW

Modul ini menyediakan fungsi kepada pegawai Bendahari/CIEW untuk menyemak maklumat permohonan SPDP dan membuat pengesahan kecukupan bajet berdasarkan baki Tabung Amanah serta Terma Rujukan Surat Ikatan Amanah.

Step 1 : Membuka Senarai Pengesahan Bajet

  • Log masuk ke HRONLINE.
  • Klik Pelantikan SPDP.
  • Dashboard HRONLINE akan menunjukkan pending task aktif jika ada permohonan berstatus Menunggu Pengesahan Kecukupan Bajet.
  • Sistem akan memaparkan senarai permohonan yang berkaitan.
  • Gunakan ruang carian jika ingin mencari permohonan tertentu.
  • Klik Lihat pada permohonan yang hendak disemak.

1.PNG

2.PNG

15.PNG

16.PNG

Step 2 : Menyemak Permohonan

  • Semak maklumat calon dan perkhidmatan.
  • Semak deskripsi tugas dan dokumen permohonan.
  • Semak bahagian Anggaran Implikasi Kewangan dan maklumat berkaitan bajet.
  • Pastikan maklumat yang diperlukan mencukupi sebelum membuat keputusan.

17.PNG

Step 3 : Membuat Pengesahan Bajet

Pada bahagian Pengesahan Bajet:

  1. Masukkan Baki Tabung Amanah (RM).
  2. Pada Kecukupan Baki, pilih Ya atau Tidak.
  3. Pada Terma Rujukan Surat Ikatan Amanah Membenarkan, pilih Ya atau Tidak.
  4. Semak semula pilihan sebelum membuat keputusan.

Jika kedua-dua jawapan ialah Ya, klik Lulus Bajet.

Jika salah satu atau kedua-dua jawapan ialah Tidak, klik Tolak Bajet.

18.PNG

Step 4 : Selepas Keputusan Dibuat

Selepas tindakan berjaya:

  • keputusan akan direkodkan;
  • nama pegawai dan tarikh tindakan akan dipaparkan;
  • jika diluluskan, permohonan akan diteruskan kepada Semakan dan Kelulusan BPSM;
  • jika ditolak, proses permohonan akan berhenti pada peringkat pengesahan bajet.

Permohonan yang telah diproses masih boleh dibuka semula untuk tujuan semakan dan pemantauan.

19.PNG