SISTEM PASCA MOHON (MOHON)
Paparan ini dibuat di dalam sistem Postgraduate Online Application di dalam pautan https://mohon.ums.edu.my/pasca/.
Permohonan kali pertama boleh dibuat dengan menekan butang
dan paparan dibawah ini akan terlihat.
Pemohon boleh mengisi data yang diperlukan pada New Applicant Registration seperti Full Name, Password, status UMS Staff, status Nationality, nombor kad pengenalan atau pasport pemohon, alamat emel pemohon, tarikh lahir seterusnya menekan butang Register.
Pemohon yang telah memohon akan mendapat emel yang membolehkan untuk pemohon log masuk ke dalam sistem. Pemohon boleh menekan butang Login setelah memilih User Type sebagai Applicant, memasukkan ID/Passport dan Password pemohon pada Applicant Login.
Pemohon akan melihat paparan Postgraduate Application yang mempunyai nama pemohon, no. kad pengenalan atau pasport pemohon, kewarganegaraan, sesi pengambilan dan email pemohon. Seterusnya pada bahagian List of New Application akan terpapar senarai permohonan pelajar yang boleh dilakukan 2 kali bagi setiap sesi.
1. Application Information
Pada bahagian submenu Personal Information, data pemohon akan terpapar. Pemohon perlu mengisi bahagian Course Aplied Info iaitu Level of Study, Method Of Study, Faculty/ Institute, Branch, Programme Name, Field of Study, Mode of Study danResearch Title. Setelah semua maklumat di masukkan, pemohon boleh menekan butang Update Application.
2. Personal Info
Pada bahagian ini, pemohon perlu mengisi data-data yang diperlukan oleh sistem termaksuklah maklumat diri seperti nama, warganegara, alamat pemohon dan maklumat waris jika berlaku sebarang kecemasan. Setelah semua maklumat di masukkan, pemohon boleh menekan butang Update Personal Info.
3. Language Proficiency Information
Pada bahagian Add New Language Proficiency, pemohon boleh mengisi data-data yang diperlukan seperti Language Test Type, Result, Month Taken dan Year Taken sebelum menekan butang Save Record. Data yang disimpan akan terpapar pada Language Proficiency List.
4. Academic Qualification
Pada bahagian Add New Qualification, pemohon boleh mengisi data-data yang diperlukan seperti Level, Degree Name, College/Universiti Name, Graduation Year, Result Type dan Result sebelum menekan butang Add Qualification. Data yang disimpan akan terpapar pada Academic Qualification Lists.
5. Working Experience (Optional)
Pada bahagian New/Update Working Exp., pemohon boleh mengisi data seperti Employer, Position/ Designation, Employer Phone No., tarikh From/ To dan Current Employement Status sebelum menekan butang Add Working Exp. Data yang disimpan akan terpapar pada Working Exp Record.
6. Academic Referee
Pada bahagian New/Update Academic Ref. Record, pemohon boleh mengisi data-data berkaitan dengan Academic Referee pemohon sebelum menekan butang Add Referee. Data yang disimpan akan terpapar pada Academic Ref. List. Hanya dua (2) orang sahaja yang perlu menjadi rujukan.
7. Financial Support Info
Pada bahagian Financial Support Type, pemohon boleh memasukkan Category samada mendapat penajaan dari pihak kerajaan atau mana-mana pihak lain ataupun persendirian. Pemohon perlu menyatakan nama penaja dan nombor yang boleh dirujuk sebelum menekan butang Save Information.
8. Potential Supervisor Information
Pada bahagian ini, pemohon boleh mengisi maklumat penyelia yang mereka rasakan berpotensi untuk bekerjasama sebelum menekan butang Add Supervisor. Data yang disimpan akan terpapar pada sebelah kanan paparan.

















