Skip to main content

Permohonan Surat Pengesahan Pelajar

Untuk membuat permohonan surat pengesahan pelajar, pelajar boleh akses menu tersebut melalui menu Peribadi Pelajar, sub-menu Permohonan Surat Pengesahan Pelajar. Rujuk Gambar 1.

image-1731996851692.png

Gambar 1

 

Setelah pelajar masuk ke dalam menu permohonan, paparan laman adalah seperti Gambar 2.

image-1732000288973.pngGambar 2

 

Merujuk kepada Gambar 2, kotak kuning adalah jenis permohonan. Pelajar perlu pastikan bahawa jenis permohonan adalah seperti yang diingini, kemudian tekan butang Apply New.

Pop-Up akan muncul, pelajar hanya perlu menekan butang OK. Rujuk Gambar 3.

image-1732000501273.png

Gambar 3

Setelah pelajar menekan butang OK, senarai permohonan pelajar akan muncul dibawah laman tersebut kemudian tekan butang Proceed. Rujuk Gambar 4.

Nota: Pelajar boleh mempunyai banyak permohonan dalam satu masa. 

image-1732000709997.png

Gambar 4

Selepas itu, pelajar akan dibawa ke paparan yang seterusnya, rujuk Gambar 5. Pelajar perlu mengisi semua ruangan yang disediakan terlebih dahulu. Setelah selesai, pelajar perlu menekan butang Submit Application dan pelajar akan dibawa ke paparan yang sebelum ini untuk menjana surat anda.

image-1732001032273.png

Gambar 5

 Pelajar akan dibawa ke paparan sebelumnya, rujuk Gambar 6. Pelajar boleh menekan butang Print Letter untuk menjana surat pengesahan pelajar.

image-1732001211229.png

Gambar 6

Untuk memohon surat pengesahan yang sama tetapi kepada penerima yang lain, pelajar boleh mengulangi proses yang disediakan ini.