Skip to main content

Tangguh Pengajian Pelajar (Pelajar)

Untuk membuat permohonan tangguh pengajian, pelajar boleh akses menu tersebut melalui menu Kursus, sub-menu Permohonan Pengajian Pelajar. Rujuk Gambar 1.

image-1732003952910.png

Gambar 1

Setelah pelajar masuk ke dalam menu permohonan, paparan laman adalah seperti Gambar 2.

image-1732004104037.png

Gambar 2

Merujuk kepada Gambar 2, kotak kuning adalah jenis permohonan. Kotak oren adalah ruangan sebab kenapa pelajar memohon. Pelajar perlu pastikan bahawa jenis permohonan adalah seperti yang diingini dan ruangan sebab perlu diisi, kemudian tekan butang Apply New.

Pop-Up akan muncul, pelajar hanya perlu menekan butang OK. Rujuk Gambar 3.

image-1732004245506.png

Gambar 3

Setelah pelajar menekan butang OK, senarai permohonan pelajar akan muncul dibawah laman tersebut kemudian tekan butang Proceed. Rujuk Gambar 4.

Nota: Pelajar hanya boleh memohon sekali sahaja untuk satu semester.

image-1732004326231.png

Gambar 4

Selepas itu, pelajar akan dibawa ke paparan yang seterusnya, rujuk Gambar 5. Pelajar perlu memuat naik dokumen sokongan tangguh pengajian terlebih dahulu. Setelah selesai, pelajar perlu menekan butang Submit Application. Pop-up akan muncul, pelajar hanya perlu menekan butang OK, rujuk Gambar 6.

Sila pastikan semua maklumat telah dimuat naik dan betul. Sebarang perubahan tidak dapat dibuat selepas pelajar menekan butang Submit Application.

image-1732004623725.png

Gambar 5

image-1732004893898.png

Gambar 6