CPS
Paparan ini adalah untuk Admin pasca mengemaskini keputusan viva voce pelajar dan sebarang maklumat di dalamnya.
Admin pasca boleh memilih fakulti dan kod sesi pelajar untuk melihat senarai pelajar. terdapat dua tab iaitu:
1. Senarai Belum Diperaku
2. Senarai Telah Diperaku
Admin boleh menekan butang Review untuk melihat viva voce pelajar dan butang Print Minute jika ingin mencetak minit mesyuarat bagi pelajar. (Admin perlu untuk membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum mencetak minit mesyuarat)
Setelah admin menekan butang Review, paparan adalah tab yang terdapat di dalam Pengesahan CPS Viva Voce.
Tab 1. Nama Jawatankuasa
Admin boleh melihat nomatrik pelajar, nombor bilangan dan tahun pelajar, nama jawatankuasa bahasa dalam bahasa melayu dan inggeris, tarikh viva pelajar, platform yang digunakan, Link/ tempat persidangan viva pelajar, dan masa persidangan tersebut. Jika ingin mengemaskini maklumat yang terdapat di jawatankuasa ini, admin perlu menekan butang Update.
Tab 2. Maklumat Calon
Admin boleh melihat maklumat pelajar yang ingin membuat viva.
Tab 3. Kehadiran
Admin boleh melihat mengemaskini kehadiran jawatankuasa viva dengan mencari UserID samada Staf, Student dan ExternalExaminer. Nama jawatankuasa akan terpapar di nama dan jabatan serta admin perlu setkan Committee Type dan Attendance. Stelah itu, Perlu menekan butang Assign Committee. Senarai nama jawatankuasa akan tertera pada List of Committee Members. Admin boleh menekan butang Update untuk mengemaskini jenis jawatankuasa malupun kehadiran ahli dengan menekan Unassign.
Tab 4. Catatan | Note: Syor Awal
Admin boleh menekan butang pautan Update/ View Marks bagi menentukan markah pelajar dan Syor Akhir untuk pelajar. Setelah menekan Update/ View Marks, Admin boleh memasukkan markah pelajar yang telah diberikan oleh pemeriksa. Kemudian, menekan butang Calculate & Save Marks. Admin perlu meletakkan Syor Akhir pelajar mengikut markah tesis.
Tab 5. Ijazah yang Dianugerahkan
Admin boleh melihat nama ijazah dan bidang yang bakal diaungerahkan kepada pelajar.
Tab 6. Tajuk Baru Tesis
Admin boleh melihat tajuk tesis pelajar samada baru atau lama. (Jika berkenaan)
Tab 7. Pemeriksa Tesis Selepas Pembetulan
Admin boleh menetapkan nama pemeriksa yang akan membuat pemeriksaan semula tesis pelajar.
Tab 8. Tempoh Pembetulan & Tarikh Akhir pEnghantaran Tesis Digital
Admin boleh menetapkan tempoh pembetulan tesis pelajar dan tarikh penghantaran semula/tarikh akhir tesis pelajar dengan menekan butang Update. Tempoh adalah bergantung kepada Syor Akhir pelajar.
Tab 9. Pengesahan oleh Urusetia
Admin perlu meletakkan catatan untuk pelajar sebelum menekan butang Save untuk menyimpan catatan. Seterusnya, jika admin menekan Confirm catatan tidak boleh diubah lagi.
Tab 10. Pengesahan oleh Pengerusi
Admin boleh meletakkan catatan untuk pelajar bagi pihak pengerusi sebelum menekan butang Save on Behalf Chairman untuk menyimpan catatan. Seterusnya, jika Admin menekan Confirm Verify On Behalf Chairman catatan tidak boleh diubah lagi.
No Comments