PERMOHONAN DISKAUN YURAN PENGAJIAN UNTUK KAKITANGAN UMS
Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan diskaun untuk yuran pengajian bagi kakitangan Universiti Malaysia Sabah.
Sebelum memulakan proses permohonan, berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan:-
- Pemohon mestilah kakitangan UMS yang berstatus warganegara, berjawatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan.
- Pemohon juga mestilah menjadi pelajar UMS mahupun anak atau diri sendiri (mempunyai nombor matrix).
1. Log Masuk Ke Portal Kakitangan
Masuk ke alamat sesawang https://iics.ums.edu.my/login?redirect-to=/#login dan login mengunakan AD. Kemudian Klik STUDENT FEES DISCOUNT (Access Now) seperti yang ditunjukan gambar rajah 1.0 dibawah.
Gambar rajah 1.0
2. Membuat Permohonan Diskaun Kakitangan UMS
Pemohon akan dialamatkan semula ke tempat untuk memohon UMS Fee Discount Application seperti yang ditunjukan pada gambar rajah 2.0 dibawah. Klik New atau Create your first UMS Fee Discount Application untuk meneruskan permohonan.
Pemohon perlu tentukan jenis permohonan adalah diri sendiri (self) ataupun untuk anak tangungan (child) dengan menekan Application Type. Sistem akan mengambil maklumat yang diperlukan secara otomatik. Sekiranya memilih untuk anak tangungan dan mempunyai senarai anak lebih dari satu, pemohon perlu memilih anak dari senarai yang tertera. Selepas itu, baca PENGAKUAN DAN PENAFIAN dibawah dan klik I Accept the Disclamer untuk setuju. Klik Save untuk menyimpan permohonan.
Sekiranya tiada perubahan atau pun maklumat yang ditarik adalah betul, pemohon meneruskan untuk untuk klik Confirm untuk menghantar permohonan ke bendahari.
Gambar rajah 4.0



