MyKompetensi - Menu Pegawai Yang Dinilai (PYD)
STEP 1 : Portal Kinabalu - Klik HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
STEP 2 : Klik Menu
STEP 3 : Klik MyKompetensi
STEP 4 : Dashboard PYD
4.1. Pengenalan
Manual ini bertujuan untuk memberi panduan langkah demi langkah kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi melengkapkan dan mengemukakan Penilaian Kompetensi Tahun 2026 melalui paparan utama (dashboard) sistem.
4.2. Maklumat Umum & Notis Penting
-
Status Sistem: Penilaian Kompetensi sedang dibuka.
-
Tarikh Tutup Penilaian: 31 Disember 2026. Sila pastikan penilaian anda dihantar sebelum tarikh ini.
-
Status Penilaian Asal: Draf (Penilaian telah dijana).
4.3. Memahami Antaramuka Utama (Dashboard)
Paparan utama anda dibahagikan kepada beberapa bahagian utama:
-
Kad Ringkasan Status & Kemajuan:
-
Status Penilaian: Menunjukkan status borang anda (Contoh: Draf / Sedia Dihantar / Telah Dihantar).
-
Kemajuan Keseluruhan: Menunjukkan peratusan dan jumlah kompetensi yang telah dilengkapkan (Contoh:
0 / 3daripada keseluruhan kompetensi). -
Penyerahan Akhir: Menunjukkan ketersediaan borang untuk dihantar kepada Pegawai Penilai (PP) (Contoh: Belum Sedia Dihantar).
-
-
Senarai Penilaian Kompetensi: Terdapat 3 Kompetensi Utama yang perlu dilengkapkan (setiap satu mengandungi 4 protokol):
-
1. PENGURUSAN PENDIGITALAN (
0 / 4 protokol) -
2. BERDAYA TAHAN (
0 / 4 protokol) -
3. KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH (
0 / 4 protokol)
-
4.4. Langkah-Langkah Mengisi Penilaian
Langkah 1: Memulakan Penilaian Kompetensi
-
Semak bahagian Senarai Penilaian Kompetensi.
-
Beikut adalah contoh kategori di bawah Kompetensi Gred FA. Terdapat 3 Kompetensi yang perlu dilengkapkan oleh PYD:
-
PENGURUSAN PENDIGITALAN
-
Jumlah Protokol: 4 protokol (
0 / 4 protokol-0%).
-
-
BERDAYA TAHAN
-
Jumlah Protokol: 4 protokol (
0 / 4 protokol-0%).
-
-
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
-
Jumlah Protokol: 4 protokol (
0 / 4 protokol-0%).
-
-
-
Klik butang
Mula >(atauSambung) di sebelah kanan kompetensi yang ingin diisi (contoh: 1. PENGURUSAN PENDIGITALAN).
Langkah 2: Mengisi Penilaian & Memilih Pernyataan
Terdapat 4 Protokol yang wajib dilengkapkan bagi setiap kompetensi:
-
Protokol 1: Peranan Individu
-
Protokol 2: Kepimpinan/Pengurusan
-
Protokol 3: Blooms Taxonomy
-
Protokol 4: Sikap
-
Apabila halaman borang terbuka, baca setiap protokol dengan teliti.
-
Pilih Pernyataan Pencapaian: Pilih hanya satu kenyataan atau aras pencapaian yang paling menggambarkan tugas dan pencapaian sebenar anda bagi setiap protokol.
-
Selepas butang
Pilih >diklik, sistem akan membuka halaman untuk muat naik dokumen sokongan.
Langkah 3: Muat Naik Bukti Sokongan
-
Bagi setiap pernyataan atau kemajuan yang dipilih, muat naik dokumen bukti sokongan yang relevan.
-
Dokumen Bukti: Pastikan dokumen diformatkan mengikut ketetapan sistem (Format dibenarkan: PDF, JPG, JPEG, PNG | Saiz maks: 10MB) sebelum dimuat naik.
-
Muat naik dokumen bukti yang sah (contoh: sijil, surat lantikan, laporan, dsb.) yang menyokong pernyataan yang dipilih kemudian klik butang Simpan & Tambah Lagi
Langkah 4: Ulangi untuk Semua Protokol
-
Ulangi Langkah 1 hingga 3 bagi
- Protokol 2 (Kepimpinan/Pengurusan),
- Protokol 3 (Blooms Taxonomy), dan
- Protokol 4 (Sikap). -
Pastikan indikator Protokol Lengkap bertukar kepada
4 / 4(100%).
Langkah 5: Semak & Hantar kepada Pegawai Penilai (PP)
-
Setelah kesemua 3 Kompetensi (12 Protokol) dilengkapkan (
3 / 3kompetensi lengkap), kad Penyerahan Akhir akan bertukar status kepada Sedia Dihantar.
-
Lakukan semakan akhir bagi memastikan semua maklumat dan dokumen bukti sokongan adalah betul.

- Scrol ke page bawah, isi catatan jika perlu kemudian tandakan pengesahan dan klik butang biru Hantar Kepada PP untuk tindakan penilaian seterusnya.
📞 4.6. Bantuan & Sokongan
Jika anda mengalami sebarang masalah teknikal semasa mengemukakan penilaian atau mengisi borang, sila hubungi Urus Setia Penilaian / Bantuan Teknikal Sistem sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2026 atau 31 Disember pada setiap tahun.









No comments to display
No comments to display