Skip to main content

Jana EFT

image-1735176289432.png

Cara Menjana Fail Teks EFT

  • Akses ke Dokumen Payroll Entry

    • Masuk ke modul Payroll Entry dan pilih dokumen yang ingin diproses (contoh: HR-PRUN-2024-00009).
  • Pastikan Status Dokumen

    • Pastikan status dokumen adalah Submitted.
    •  Hanya dokumen dengan status Submitted boleh digunakan untuk menjana fail EFT.
  • Klik Butang "Generate"

    • Cari butang Generate di bahagian atas kanan skrin.
    • Klik butang tersebut untuk membuka menu lungsur.
  • Pilih "Generate EFT Text File"

    • Dari menu lungsur, pilih Generate EFT Text File.
    • Sistem akan memproses dan menjana fail EFT berdasarkan data dalam dokumen tersebut.
  • Semak Fail yang Dijana

    • Fail yang dijana akan dilampirkan di bahagian Attachments (sebelah kiri skrin).
    • Anda akan melihat fail berikut:
      • encrypted_eft_payroll.gpg
        • Dalam format GPG (encrypted) untuk keselamatan.
        • Hanya boleh dibuka menggunakan kunci penyulitan (encryption key).
      • out_eft_payroll.txt
        • Dalam format plain text, mengandungi data EFT untuk dihantar ke bank.
      • out_format_payroll.txt
        • Fail sokongan dalam format teks biasa untuk semakan.
  • Muat Turun Fail

    • Pergi ke bahagian Attachments.
    • Klik pada fail yang anda perlukan:
      • Gunakan encrypted_eft_payroll.gpg untuk transaksi yang selamat.
      • Gunakan out_eft_payroll.txt untuk semakan atau penghantaran manual.

Nota Penting:

  • Gunakan fail GPG untuk menghantar data yang dilindungi ke bank.
  • Pastikan hanya pihak berkuasa yang diberi kebenaran boleh mengakses fail GPG untuk mengelakkan kebocoran maklumat.