SISEF - User Manual Kakitangan & Ketua Jabatan
Step 1 : Portal Kinabalu - Sila klik Digital Document Management
Step 2 : SISEF - Halaman utama
Step 3 : Menu Peti Masuk
Maklumat Carian - Sila masukkan dan pilih butiran - termasuk Perkara, Pengirim, Arahan Tugasan, Status, Tarikh - untuk carian.
Anda dapat melihat dan membaca senarai surat yang diedarkan kepada anda dalam peti masuk ini.
Step 4 : Menu Peti Keluar
Panduan Menggunakan Fungsi Carian & Tapisan Surat Untuk memudahkan capaian kepada surat dideraf/dikeluarkan, gunakan ruangan Maklumat Carian mengikut parameter berikut:
Perkara: Masukkan kata kunci atau tajuk surat yang dicari pada ruangan Masukkan perkara atau tajuk surat.
Pengirim: Masukkan nama pengirim jika perlu.
Arahan Tugasan: Pilih jenis arahan daripada menu lungsur (drop-down) jika berkaitan.
Status: Pilih status surat yang ingin disemak:
Dalam Tindakan / Deraf: Untuk melihat surat yang masih dalam proses penyediaan atau kelulusan.
Selesai / Dikeluarkan: Untuk melihat surat yang telah rasmi dikeluarkan.
Julat Tarikh:
Tarikh Surat (Dari / Hingga): Isikan tarikh surat dicipta atau dikeluarkan.
Tarikh Terima (Dari / Hingga): Isikan julat tarikh penerimaan/pemprosesan jika berkaitan.
Tindakan Carian
Klik butang Cari (berwarna biru) untuk memaparkan senarai surat berdasarkan maklumat yang telah dimasukkan.
Klik butang Set Semula (berwarna kelabu) sekiranya anda ingin membersihkan semula semua tapisan carian.
Fungsi Tambahan
Arkib Surat: Klik butang Arkib Surat di bahagian atas sebelah kanan untuk melihat rekod surat-surat lama yang telah diarkibkan.




