Garis Panduan & Peraturan Muat Naik Gambar Pelajar
- Saiz gambar hendaklah mengikut ukuran gambar passport dalam format JPEG.
 2. Latar belakang gambar hendaklah berwarna biru.
3. Sahsiah rupa diri pelajar dalam gambar adalah seperti berikut:
a. Pelajar Lelaki:
b. Pelajar Perempuan
- 
- Pelajar Lelaki:
- Berbaju kemeja dan bertali leher (digalakkan memakai kot/blazer).
 - Berambut pendek dan kemas. Fesyen rambut keterlaluan atau luar biasa adalah tidak dibenarkan.
 - Pelajar beragama Islam dibenarkan memakai songkok hitam (sebarang jenis kopiah/ketayap. serban, songkok "Raihan" dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan).
 - Pelajar beragama Sikh adalah dibenarkan memakai serban yang diikat kemas.
 
 - Pelajar Perempuan:
- Berbaju kurung, kebaya labuh, kebarung atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
 - Pelajar beragama Islam digalakkan bertudung tetapi tidak dibenarkan menutup sebahagian atau keseluruhan muka (berpurdah).
 
 
 - Pelajar Lelaki:
 - Contoh Gambar yang DIBENARKAN. (Berlatar belakang biru dan berpakaian kemas/ sopan)
 
- Contoh gambar yang TIDAK DIBENARKAN. (Tidak dibenarkan memuat naik gambar mengiring, berkopiah/ketayap dan kurang kemas)
 
- 
 
1.
                
