Skip to main content    
    
    
        
    
    
        
        
            
                
    
    
        
            
    Garis Panduan & Peraturan Muat Naik Gambar Pelajar
    
            
- Saiz gambar hendaklah mengikut ukuran gambar passport dalam format JPEG.
 
- Latar belakang gambar hendaklah berwarna biru.
 
- Sahsiah rupa diri pelajar dalam gambar adalah seperti berikut:
- Pelajar Lelaki:
- Berbaju kemeja dan bertali leher (digalakkan memakai kot/blazer).
 
- Berambut pendek dan kemas. Fesyen rambut keterlaluan atau luar biasa adalah tidak dibenarkan.
 
- Pelajar beragama Islam dibenarkan memakai songkok hitam (sebarang jenis kopiah/ketayap. serban, songkok "Raihan" dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan).
 
- Pelajar beragama Sikh adalah dibenarkan memakai serban yang diikat kemas.
 
 
- Pelajar Perempuan:
- Berbaju kurung, kebaya labuh, kebarung atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
 
- Pelajar beragama Islam digalakkan bertudung tetapi tidak dibenarkan menutup sebahagian atau keseluruhan muka (berpurdah).
 
 
 
- Contoh Gambar yang DIBENARKAN. (Berlatar belakang biru dan berpakaian kemas/ sopan)
 

- Contoh gambar yang TIDAK DIBENARKAN. (Tidak dibenarkan memuat naik gambar mengiring, berkopiah/ketayap dan kurang kemas)