Transaksi Pembayaran FPX
Modul ini membolehkan pengguna mengemas kini transaksi pembayaran secara FPX.
Untuk mengakses FPX Payment Transaction, pergi ke:
Workspace > Awesome Bar > FPX Payment Transaction List
Fungsi-fungsi Transaksi Pembayaran FPX
Terdapat lima (5) butang pada FPX Payment Transaction yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti berikut:
- Pull FPX Payment Records digunakan untuk menarik transaksi pembayaran secara FPX yang berjaya daripada e-Payment
- Retrieve From FPX bertujuan untuk mencari transaksi pembayaran secara FPX berdasarkan FPX Transaction ID
- Sync FPX Unsuccess Payment Records digunakan untuk menarik transaksi pembayaran secara FPX yang tidak berjaya daripada e-Payment
- Reconcile FPX Payment Record digunakan untuk mengemas kini Payment Entry sekiranya automatik reconcile tidak berjaya dan status transaksi akan berubah menjadi Reconciled
- Mark As Reconciled berfungsi untuk mengemas kini rekod transaksi yang telah dibuat secara manual dan status transaksi FPX akan berubah daripada Not Reconciled kepada Reconciled
