Pemotongan PTPTN
Pemotongan PTPTN merupakan proses pemotongan yuran pengajian bagi pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menerima pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Dalam IICS, anda boleh membuat pemotongan PTPTN melalui PTPTN Process
Untuk mengakses PTPTN Process, pergi ke:
Home > Workspace > Awesome Bar > PTPTN Process
1. Mewujudkan Proses Pemotongan PTPTN
Dalam satu masa, satu text file sahaja yang boleh dimuat naik kemudian dibuat pemotongan. Oleh itu, proses pemotongan perlu dibuat secara satu per satu mengikut jumlah text file yang ada dalam kelompok tersebut
SEBELUM memulakan, pastikan anda sudah memuat turun kesemua text file yang pihak bank telah e-melkan
Setelah itu, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk mewujudkan proses pemotongan PTPTN:
- Pada bahagian kanan sebelah atas, klik butang New
- Pada Bank File, klik butang Attach
- Muat naik text file sama ada secara seret dan lepas ATAU browse file ATAU pilih dalam senarai fail yang telah dimuat naik (
format *.TXT sahaja) - Klik butang Upload
- Masukkan Process Name. Contoh:
PTPTN-84858(mengikut nama text file) - Pilih Institution (rujuk text file untuk kod institusi)
- Pilih Payment Date (rujuk e-mel untuk tarikh proses bayaran)
- Klik butang Save. Status akan bertukar menjadi Draft
NOTA: Proses pemotongan PTPTN yang telah diwujudkan masih boleh dikemas kini selagi status masih Draft. Pastikan anda klik butang Save setiap kali kemas kini dibuat

2. Membuat Pemotongan PTPTN
Pada proses pemotongan PTPTN yang telah diwujudkan sebentar tadi, boleh terus sambung ke langkah-langkah berikut:
- Pada bahagian kanan sebelah atas, klik butang Extract untuk proses senarai pelajar dalam text file tersebut
-
Klik butang Process Deduction kemudian klik butang Yes untuk pemotongan yuran pelajar
Sekiranya butang Extract atau butang Process Deduction tidak muncul, boleh klik pada butang Menu kemudian pilih Reload
-
Klik butang Submit kemudian klik butang Yes. Status akan bertukar daripada Draft kepada Completed
-
Klik butang Generate Deduction File bagi menjana text file pemotongan PTPTN
Sekiranya terdapat pelajar yang gagal dipetakan, perlu dipetakan terlebih dahulu sebelum membuat pemotongan
