Import Pelepasan Pelajar Berkelompok
Dalam IICS, anda boleh import senarai pelajar yang hendak diberi pelepasan secara berkelompok melalui Bulk Import Student Release.
Untuk mengakses Bulk Import Student Release, pergi ke:
Home > Workspace > Awesome Bar > Bulk Import Student Release List
Import Senarai Pelepasan Pelajar
Untuk import senarai pelajar yang hendak diberi pelepasan, boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Pada bahagian kanan sebelah atas, klik butang New
- Pilih Description
- Pilih Academic Year
- Pilih Academic Term
- Pilih Start Date. Tarikh mula pelepasan
- Pilih End Date. Tarikh akhir pelepasan
- Pada Release Options, terdapat tiga pilihan pelepasan yang boleh diberikan iaitu Allow Exam, Allow Subject Registration dan Allow View Result. Tandakan mana-mana kotak yang berkenaan
- Pada bahagian Items, klik butang Download untuk muat turun excel sheet
- Buka excel sheet tersebut kemudian lengkapkan kesemua item yang diperlukan. Nombor Matrik adalah wajib untuk diisi
- Setelah itu, klik butang Upload untuk muat naik excel sheet tersebut. Selepas selesai muat naik, senarai pelajar akan terpapar pada jadual Items
- Klik butang Save
- Klik butang Start Release